Diary hatiku…
Tidak pernah terlintas pom dalam hatiku aku akan mampu menerima dirinya. Jujur ku katakan dia tidak hensem dimataku. Kenapa aku perlu menipu. Aku terima dirinya kerna aku rase die boleh menerima diriku. Tetapi aku gemarkan suaranya. Tp mase benar2 mampu membuka hatiku. Sedikit demi sedikit die bertahta dihatiku. Aku mule belajar menyayangi dan mencintai dirinye. Mule timbul rase jeles pabila ku mendengar penceritaan perempuan len didalam perbualannya. Malah kadang-kala air mata mengalir dengan sendirinya pabila die tidak melayanku. Sekali skale terpkr juge adakah ini rse cinta atau rase ingin memiliki dan dimiliki. Tp sedar x sedar aku semakin menjadi romantic. Memanggil drinya sayg lancar dri mulutku. Tidak mendgr drinya membuatkanku resah. Suaranya pengubat winduku. Kata cinta dan rindunya membuatkanku bagai diawangan. Jika tiada kabar darinya hanya photonya yg menjadi tatapanku saban waktu. Ketidakhenseman yg selame ini kulihat menjadi keindahan buat driku. Semua hal tidak menjadi dibuatnya bila kerinduan mula timbul. Aku mengukir senyuman sendiri pabila menceritakan mengenai dirinya pada rakan2ku. Seolah2nya aku bangga dgn dirinya.Tetapi harapkan panas hingga kepetg…rupanya hujan ditgh hari. Mungkin ade sebbnya mengapa beberapa minggu itu aku seperti sgt merindui dirinya. Sentiasa menharapkan dia disisi. Peristiwa penceritaan itu dan perubahan pada drinya mula kurasai. Mungkin benar ada insan lain yg telah lama bertahta dihatinye. Kayakinn diriku mule goyah. Bukan keyakinn padanya yg ilang tp keyakinn driku yg terus luntur. Kumerasakan kecantikan yg dipuji selama ini palsu. Tetibe terase semacam tertutup pintu hatiku. Buat drinya dan insan len. Setelah hampir seharian mencurah2nye air mataku mengalir akhirnya aku mampu berpikir rasional. Mungkin benar aku terlampau ikut perasaan. Memikirkan yg bukan2 bak katanya tetapi secara realitinye tiade perempuan yg mampu berpikiran waras jika berada dikerusiku. Mungkin juga kata2 dri mulutnya sendiri mengubat hatiku. Aku mula cuba membiasakan dri tanpa dirinya disisiku. Kami seolah2 mempunyai hubungan yg pada hematku tergantung. Tidak tahu hujung pangkal. (adakah hanya dari pihakku memikirkan yg sedemikian). Aku cuba untuk meujudkan insan len didlm hatiku namun hatiku sepertinya telah terttp. Hanya die yg mampu tuk terus mengisi kekosongan yg dia tglkan. Ku masih terus meujudkan harapan utknya. Saban hari hanya ini yg mampu bermain dibenak pikiranku. Ku seolah2 menyalahkan driku sendiri. Ku bertanya sendirian adakah die merajuk kerna aku belum mampu utk mengenalkannya kepada umi ayah. Mungkin benar. Mungkin itu mampu mengubat hatinya. Menenteramkan dirinya. Benarkah itu yg kau harapkan syg? Jika benar itu harapanmu aku mampu menunaikannya. Namun tanpe kabar darimu hanye itu yg terus tegar memenuhi benak fikiranku. Aku terpaksa tabahkn hatiku. Menyibukkan dri walaupun ase windu yg ujud buat drinya semakin hari makin sukar kubendung. Kini kumerasakan waktu bagai panjg. Pabila memorinye terus2 segar hanya melelapkan mata menjadi pengubatnya. Photonya bersamaku terus kekal di skrin PCku yg sentiasa ku ON. Tetap setia menjadi tatapanku saban waktu. Andai skrinn PC mahupon mataku tertutup namun wajah dah memorinya tetap trus kekal dihatiku selagi jangtungku masih berdenyut. Selagi masih ada rasa cinta dan sayg untuknya. Dan janjiku buat diriku…aku akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik tuk dirinya. Tetapi mungkin benar kate2 “semakin kita cuba menjadi yg terbaik semakin kte jauh dr dri sendiri”.
22 march akhirnya menjadi tarikh keramat buat kami. Kiranya 20 april pemulanya, 22 march menjadi penghujungnya. Penantian selama berminggu akhirnya terjawab kini. Benar die mengakui memg ade gadis yg bertahta dihatinya yang dapat kurasakan cukup kuat. Yang dia merasakan tidak mampu untuk dirinya membuat pilihan. Mungkin diriku tiada dihatinya. Hanya budi yang menjadi penghujung ikatan kami selama ini. Memg ada rasionalnya kebimbanganku. Memg tiada harapan kedua buatku. Sebagaimana dia cuba menjelaskan masih ada rasa cinta dan kasih buatku tetapi hatiku mula hancur. Memang perpisahan yang dia harapkan. Tidak dinafikan soal suka dan cinta tidak mampu dikawal. Kini aku sendiri tidak mampu menafikan hakikat dan reality ini. Rupanya rasa cinta pandang pertama sangat kuat buat dirinya sehinggakan tempoh setahun tidak mampu aku gunakan pun untuk mencuit dan memiliki hati. Haruskah aku menyalahkannya. Menyalahkan si gadis. Mengapa mest si gadis tegar untuk menghubunginya? Tidak sedarkah dia aku di sini. Terus setia menunggunya. Mengharapkan kesetiaannya untukku. Mungkin tuhan telah takdirkan cintanya bukan untukku. Mungkin salahku sendiri. Tidak mampu sikitpun memiliki hatinya. Hanya mampu menjadi beban buat dirinya. Semakin ku kenal si gadis daripada tutur ceritanya semakin ku merasakan tiada tempat yang mampu aku tahtakan diriku dihatinya. Baka katanya aku bagaikan cuba untuk menjadikkan rumah yg kami bina sebuah mahligai indah untuk kami tetapi tiangnya rapuh. Walau seindah dan semegah manapun, akan runtuh juga ia. Inilah takdir yang telah tertulis. Akhirnya aku pasrah untuk mengalah. Mengapa mest die mengharapkanku tidak berkata buruk buatnya? Mungkin die memg baik? Hanye aku mampu jadi yang buruk. Mungkin buat dirinya? Tetiba aku merasakan bagai orang ketiga. Mungkin bukan yang ketigapun kerna hatinya masih tetap pada si gadis. Perlukan aku terus-terus menunggu. Mengharapkan masih ada ruang untukku dihatinya. Hanya itu yang mampu kulakukan kerna dapat kurasakan aku tidak mampu membuka hatiku untuk insan lain. (…hanya air mata yang mampu terus hadir dikala ini…). Jika kutahu cinta itu tak mungkin indah untuk selamanya aku rela menutup hatiku sehingga keakhirnya. Kenapa perlu kukenal erti cinta tapi hanya kedukaan dan kesakitan yang menyusul. Hanya bilik dah lab ini yang mampu menjadi saksi air mataku. Aku tidak mampupun untuk berhadapan dengan insan lain. Aku tidak mampu membuat mereka melihat air mataku terus mengalir. Memberi simpati mereka. Biarlah hanya aku yang merasakan kesakitan ini. Biarlah aku berpura andai itu mampu menjauhkan simpati mereka. Aku perlu belajar untuk terus tabah. Tabah dengan kenyataan.
Tetapi jauh disudut hati…
Mengapa tiada tempat dihatinya untukku. Andai penipuannya mampu membuatkanku terus kuat mengapa tidak ia terus wujud. Mungkin aku lebih rela ditipu dari sengsara dan sakit. Mengapa aku kuat bila disisinya. Mengapa tidak bila aku menyendiri. Aku tidak tahu bagaimana mampu kulalui perjalanan hidupku selepas ini. Dulu mungkin aku sendiri. Aku ada impian sendiri. Hadirnya membuatkan aku membina impian untuk kami. Aku terus melupakan impianku sendiri. Ape yang harus aku wujudkan lagi dalam hidupku. Dulu aku lebih kuat. Tapi aku terlampau banyak berubah untuknya. Aku ilang impian untuk menyambung pelajaran bila dia hadir. Supaya taraf kami walaupun mungkin x same tetapi tiada jurang. Sekarang aku tidak mungkin ada impian itu lagi. Hadirnya membuatkan aku melenyapkan segala mimpi2 yang tidak logic. Ferrari? Seorang menteri? Mempunyai syarikat sendiri?...hanya impian ini yang wujud dengannya. Punyai kerja yang stabil. Ada sumber kewangan dan aku ingin belajar menjadi isteri yang terbaik untuk seorang lelaki yang bertahta dihatiku. Namun impian ini jugak lenyap dan pergi bersamanya. Perlukah aku membina semula impianku yang kuwujudkan selama setahun ayang akhirnya terpaksa kulenyapkan bersama air mata. Perlukah???
Tiada kata yang mampu kurungkap kini. Hanya pemikiran ini yang terusan bermain dimindaku. Persoalan dan persoalan tanpa ada jawapan yang mampu kuhadirkan. Hadirnya sewaktu aku memerlukan teman dan belaian dan perginya ia sewaktu aku masih perlukan teman dan belaian.
Maap hanya ini yang mampu aku luahkan untukmu. Kisah perkenalan kita. Sebelum ni abg pernah tanyekan bagaimana perasaan ayg selama ini. Hanya diari ini yang mampu kurungkap untukmu. Kiranya memg benar tiada tempat untukku lagi dihatimu walaupun sakit aku akan merelakan. Walaupun aku sehingga kini masih terus memberi harapan buat diriku untukmu. Mungkin hanya kata terima kasih yang mampu keluar dari mulutku. Tetapi kiranya masih ada ruang buatku aku akan terus tegar untuk menjadi peneman hidupmu. Aku sentiasa berharap pada TUHAN ada jodoh untuk kita. Selagi ada rasa cinta rindu kasih dan syg buatmu selagi itu aku masih terus akan hadir disampingmu.
Monday, March 22, 2010
inikah pengakhirannya...
Posted by moon at 2:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment