Kuterasa seolah ku dipermainkan oleh dirinya. Mengapa perlu ini berlalu. Pabile cik ina mempersoalkan adakah die merelakan sahaja pabila kumencadangkan perpisahan. Seolahnye begitulah yang berlaku. Begitulah mungkin realitinya. Mengapa3x? mengapa tidak sedikitpun dibangkang hasrat hatiku. Walaupun itu keluar dari mulutku tetapi aku amat benar mengharapkan dia mengatakan yang dia tidak mahu itu berlaku. Membahtah sekerasnya. Mengharapkan daku terus kekal disisnya. Mungkin firasatku benar bahwa aku tiada erti buat dirinya. Dia cuma sekadar memenuhi keperluan dirinya bila dia memerlukan seseorang dan orang itu aku. Jangan kau jatuh air mataku disaat ini. Aku perlu kuat. Semakin lama kurenung semakin kumerasakan segalanya palsu. Setahun dipermainkan? Aku bagai ditutupi perasaan sendiri selama ini. Knape sehingga kini terus hati ini mengharapkan dirinya yang tidak pernahpun mengharapkan aku untuk kekal disisinya. Aku mampu dgr dri tuturnya yang dia ternyata lebih bhagia tanpaku. Mengapa begitu aku disiksa. Mengapa tidak dia rindui aku disisinya seperti mana kuatnya rase rinduku padanya. Ya Tuhan. Tabahkanlah hatiku. Mengapa dia tidak menjadi lelaki yang cuba memeluk erat diriku tatkala aku hampir pergi darinya. Mengharpakan aku. Tiada rasa cinta atau sayangkah dia padaku. Mengapa dia perlu terus begini kejam buat diriku. Terima kasih saying kerne terus tegar menyiksa parasaan dan hatiku.
Friday, March 26, 2010
Thursday, March 25, 2010
inikah realiti...
andai kehadiranku tak kauharapkan lagi...akan kuterus undurkan dri...doaku sentiase kekal untukmu
Posted by moon at 8:47 AM 0 comments
Tuesday, March 23, 2010
realitinya...
i stil mis him no mater how hard i try to forget. die masih kekal dihatiku kerna pabila kesusahan atau kesulitan menjengukku hanya die yang terus bermain dipikiranku. benarkah masih ada cinta untuknya. masih ada dia di ruang hatiku. memori terus-terusan menyiksaku dlm ku cuba berdiam.semakin aku rasa dia sush, semakin aku rasa tersiksa kerna aku seolah tidak mampu memberi semangatku untuknya. x kuduga sedalam ini perasaanku padanya. kuatkanlah hatiku ya Allah. aku sedar Kau x kan duga hambaMU dengan dugaan yg dia tidak mampu hadapi. moga kebahagiaan dah kesenangan menjadi miliknya agar aku bisa merasa kebahagiaan walaupun sekadar memerhati dari kejauhan. dah Kau kuatkanlah iman dah hatinya tuk menempuh segala ujianMu dikala ini. kepada Engkau kami datang dan kepada Engkau juga kami kembali. benar masih ada cinta dah ruang dihatiku untuknya. ku terpaksa trima hakikat ini.
Posted by moon at 10:30 PM 0 comments
Mungkin benar ade hikmah atas segalanya…
Kini kami boleh berbual dgn lebih tenang. Aku mampu mencari semula driku yang dahulu. Yela seowg gadis yg kuat termenung. Skit2 termenung tp pikirannye kosong. Seolah2 ilang dri segala kerunsingan dan kesibukan. Plik lak ble pkr diriku rupenye begini. Yela sethun ni ble termenung je ader som1 yg sentiase bermain diminda. Terpikirkan drinya. Bagaimana keadaannya. Makan x. Chat x. cukup tto ke x. Bestnye klu ade disisinye. Mulai beberapa ini kne belajar mengubah dri. Bukan tiada lagi drinya dipikiranku cume aku mule semakin tabah dan pasrah dgn ketentuan. Mula boleh menerima hakikat. Mula mampu tenang setenang mengalirnya air parit di kampus UIA ini. Aku juge mule ble senyum. Ble kita mampu memaapkan kte pasti merase ketenangn. Tiada dendam untuknya. Malah hati ini belum tertutup lagi buat drinya. Walaupon mungkin tiada harapan buatku tp aku sentiasa memberi harapan buatnya. Aku mampu jadi perempuan yg tabah dan kuat. Aku sudah mampu untuk bergurau senda. Tp x dinafikan paggilan abg sukar untuk kulenyapkan.
Hari ini akhirnya aku memberanikan dri mendail nombornya dah ternyata dijawab. Gembirakah aku? Sukar untuk kujawab sebenarnya. Walaupun ade unsur2 perli dalam tuturku tp aku sudah mule mampu berpikir tenang. Aku masih mampu menyokong drinya. Memberi kekuatan buat dirinya. Walaupun mungkin hanye sekadar teman namun itu cukup buatku. Selagi ada rasa hati ini buat dirinya akan aku terus menyokong dan memberikan semangat utknya yang pasti akan mampu menguatkan lagi diriku. Tapi mampukah aku bhagia andai dia bahagia. Aku sebenarnya kenal diriku. Aku perempuan yg sentiasa mahu memiliki. Mengapa perlu dia menjadi hak orng len. Tp kiranya sifat ini perlu kujauhkan akan ku cuba lenyapkan tuk melihat dirinya bahagia. Tapi alangkah bagusnya klu kebahgiaan itu dia temui padaku. Tapi x kan ku memberi harapan buat diriku supaya aku tidak jatuh buat kali kedua. Walaupun masih ada pertanyaan mengapa bukan diriku menjadi pilihannya hanya Tuhan yang tahu.
Walaupun tidak dinafikan aku terasa kehilangan namun masa pasti mampu mengubatiku. Malah disebbkan jarangnya sejak akhir-akhir ini aku menghubunginya, aku mampu membiasakan diri kini. Tapi pabila aku rasakan aku perlukan seseorang dirinya masih menjadi pilihanku. Abg angkat n adik angkat…mereka siapa???stakat kwn yg sethun sekali menghubungiku. Bercerita masalah cintaku tp hanya sekadar itu kerna aku tidak mampu kongsi masalah itu dgnnya. X kanlah aku nak ceritakan msalah kami padanya. Tentu plik…hahahahahaha. X sedarkan dirinya siapa aku sebenarnya. Kenapa nak menghabiskan wangku tuk orang2 tersebut. Tanpe sebb. Ermmm bek aku menghubunginya. Leh jugak terubat rase rindu. Walaupun sekadar berbual kosong dan berkongsi masalah hatiku cukup puas. Ermmmm…mcm terus-terusan je aku merepak kat blog ni walapun mungkin perhubungan kami sebagai pasangan telah putus. Tapi masih ada istilah teman untuk kami. Manelah tahu kiranya memg benar ada jodoh antara kami. Mest menarik kan cerita yang mampu kami ceritakan semula pada cucu cicit nnt…hahahahaha (ini sememgnya statement berangan)…tp kuasa TUHAN x siapa bole lawan.
Posted by moon at 11:55 AM 0 comments
Monday, March 22, 2010
inikah pengakhirannya...
Diary hatiku…
Tidak pernah terlintas pom dalam hatiku aku akan mampu menerima dirinya. Jujur ku katakan dia tidak hensem dimataku. Kenapa aku perlu menipu. Aku terima dirinya kerna aku rase die boleh menerima diriku. Tetapi aku gemarkan suaranya. Tp mase benar2 mampu membuka hatiku. Sedikit demi sedikit die bertahta dihatiku. Aku mule belajar menyayangi dan mencintai dirinye. Mule timbul rase jeles pabila ku mendengar penceritaan perempuan len didalam perbualannya. Malah kadang-kala air mata mengalir dengan sendirinya pabila die tidak melayanku. Sekali skale terpkr juge adakah ini rse cinta atau rase ingin memiliki dan dimiliki. Tp sedar x sedar aku semakin menjadi romantic. Memanggil drinya sayg lancar dri mulutku. Tidak mendgr drinya membuatkanku resah. Suaranya pengubat winduku. Kata cinta dan rindunya membuatkanku bagai diawangan. Jika tiada kabar darinya hanya photonya yg menjadi tatapanku saban waktu. Ketidakhenseman yg selame ini kulihat menjadi keindahan buat driku. Semua hal tidak menjadi dibuatnya bila kerinduan mula timbul. Aku mengukir senyuman sendiri pabila menceritakan mengenai dirinya pada rakan2ku. Seolah2nya aku bangga dgn dirinya.Tetapi harapkan panas hingga kepetg…rupanya hujan ditgh hari. Mungkin ade sebbnya mengapa beberapa minggu itu aku seperti sgt merindui dirinya. Sentiasa menharapkan dia disisi. Peristiwa penceritaan itu dan perubahan pada drinya mula kurasai. Mungkin benar ada insan lain yg telah lama bertahta dihatinye. Kayakinn diriku mule goyah. Bukan keyakinn padanya yg ilang tp keyakinn driku yg terus luntur. Kumerasakan kecantikan yg dipuji selama ini palsu. Tetibe terase semacam tertutup pintu hatiku. Buat drinya dan insan len. Setelah hampir seharian mencurah2nye air mataku mengalir akhirnya aku mampu berpikir rasional. Mungkin benar aku terlampau ikut perasaan. Memikirkan yg bukan2 bak katanya tetapi secara realitinye tiade perempuan yg mampu berpikiran waras jika berada dikerusiku. Mungkin juga kata2 dri mulutnya sendiri mengubat hatiku. Aku mula cuba membiasakan dri tanpa dirinya disisiku. Kami seolah2 mempunyai hubungan yg pada hematku tergantung. Tidak tahu hujung pangkal. (adakah hanya dari pihakku memikirkan yg sedemikian). Aku cuba untuk meujudkan insan len didlm hatiku namun hatiku sepertinya telah terttp. Hanya die yg mampu tuk terus mengisi kekosongan yg dia tglkan. Ku masih terus meujudkan harapan utknya. Saban hari hanya ini yg mampu bermain dibenak pikiranku. Ku seolah2 menyalahkan driku sendiri. Ku bertanya sendirian adakah die merajuk kerna aku belum mampu utk mengenalkannya kepada umi ayah. Mungkin benar. Mungkin itu mampu mengubat hatinya. Menenteramkan dirinya. Benarkah itu yg kau harapkan syg? Jika benar itu harapanmu aku mampu menunaikannya. Namun tanpe kabar darimu hanye itu yg terus tegar memenuhi benak fikiranku. Aku terpaksa tabahkn hatiku. Menyibukkan dri walaupun ase windu yg ujud buat drinya semakin hari makin sukar kubendung. Kini kumerasakan waktu bagai panjg. Pabila memorinye terus2 segar hanya melelapkan mata menjadi pengubatnya. Photonya bersamaku terus kekal di skrin PCku yg sentiasa ku ON. Tetap setia menjadi tatapanku saban waktu. Andai skrinn PC mahupon mataku tertutup namun wajah dah memorinya tetap trus kekal dihatiku selagi jangtungku masih berdenyut. Selagi masih ada rasa cinta dan sayg untuknya. Dan janjiku buat diriku…aku akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik tuk dirinya. Tetapi mungkin benar kate2 “semakin kita cuba menjadi yg terbaik semakin kte jauh dr dri sendiri”.
22 march akhirnya menjadi tarikh keramat buat kami. Kiranya 20 april pemulanya, 22 march menjadi penghujungnya. Penantian selama berminggu akhirnya terjawab kini. Benar die mengakui memg ade gadis yg bertahta dihatinya yang dapat kurasakan cukup kuat. Yang dia merasakan tidak mampu untuk dirinya membuat pilihan. Mungkin diriku tiada dihatinya. Hanya budi yang menjadi penghujung ikatan kami selama ini. Memg ada rasionalnya kebimbanganku. Memg tiada harapan kedua buatku. Sebagaimana dia cuba menjelaskan masih ada rasa cinta dan kasih buatku tetapi hatiku mula hancur. Memang perpisahan yang dia harapkan. Tidak dinafikan soal suka dan cinta tidak mampu dikawal. Kini aku sendiri tidak mampu menafikan hakikat dan reality ini. Rupanya rasa cinta pandang pertama sangat kuat buat dirinya sehinggakan tempoh setahun tidak mampu aku gunakan pun untuk mencuit dan memiliki hati. Haruskah aku menyalahkannya. Menyalahkan si gadis. Mengapa mest si gadis tegar untuk menghubunginya? Tidak sedarkah dia aku di sini. Terus setia menunggunya. Mengharapkan kesetiaannya untukku. Mungkin tuhan telah takdirkan cintanya bukan untukku. Mungkin salahku sendiri. Tidak mampu sikitpun memiliki hatinya. Hanya mampu menjadi beban buat dirinya. Semakin ku kenal si gadis daripada tutur ceritanya semakin ku merasakan tiada tempat yang mampu aku tahtakan diriku dihatinya. Baka katanya aku bagaikan cuba untuk menjadikkan rumah yg kami bina sebuah mahligai indah untuk kami tetapi tiangnya rapuh. Walau seindah dan semegah manapun, akan runtuh juga ia. Inilah takdir yang telah tertulis. Akhirnya aku pasrah untuk mengalah. Mengapa mest die mengharapkanku tidak berkata buruk buatnya? Mungkin die memg baik? Hanye aku mampu jadi yang buruk. Mungkin buat dirinya? Tetiba aku merasakan bagai orang ketiga. Mungkin bukan yang ketigapun kerna hatinya masih tetap pada si gadis. Perlukan aku terus-terus menunggu. Mengharapkan masih ada ruang untukku dihatinya. Hanya itu yang mampu kulakukan kerna dapat kurasakan aku tidak mampu membuka hatiku untuk insan lain. (…hanya air mata yang mampu terus hadir dikala ini…). Jika kutahu cinta itu tak mungkin indah untuk selamanya aku rela menutup hatiku sehingga keakhirnya. Kenapa perlu kukenal erti cinta tapi hanya kedukaan dan kesakitan yang menyusul. Hanya bilik dah lab ini yang mampu menjadi saksi air mataku. Aku tidak mampupun untuk berhadapan dengan insan lain. Aku tidak mampu membuat mereka melihat air mataku terus mengalir. Memberi simpati mereka. Biarlah hanya aku yang merasakan kesakitan ini. Biarlah aku berpura andai itu mampu menjauhkan simpati mereka. Aku perlu belajar untuk terus tabah. Tabah dengan kenyataan.
Tetapi jauh disudut hati…
Mengapa tiada tempat dihatinya untukku. Andai penipuannya mampu membuatkanku terus kuat mengapa tidak ia terus wujud. Mungkin aku lebih rela ditipu dari sengsara dan sakit. Mengapa aku kuat bila disisinya. Mengapa tidak bila aku menyendiri. Aku tidak tahu bagaimana mampu kulalui perjalanan hidupku selepas ini. Dulu mungkin aku sendiri. Aku ada impian sendiri. Hadirnya membuatkan aku membina impian untuk kami. Aku terus melupakan impianku sendiri. Ape yang harus aku wujudkan lagi dalam hidupku. Dulu aku lebih kuat. Tapi aku terlampau banyak berubah untuknya. Aku ilang impian untuk menyambung pelajaran bila dia hadir. Supaya taraf kami walaupun mungkin x same tetapi tiada jurang. Sekarang aku tidak mungkin ada impian itu lagi. Hadirnya membuatkan aku melenyapkan segala mimpi2 yang tidak logic. Ferrari? Seorang menteri? Mempunyai syarikat sendiri?...hanya impian ini yang wujud dengannya. Punyai kerja yang stabil. Ada sumber kewangan dan aku ingin belajar menjadi isteri yang terbaik untuk seorang lelaki yang bertahta dihatiku. Namun impian ini jugak lenyap dan pergi bersamanya. Perlukah aku membina semula impianku yang kuwujudkan selama setahun ayang akhirnya terpaksa kulenyapkan bersama air mata. Perlukah???
Tiada kata yang mampu kurungkap kini. Hanya pemikiran ini yang terusan bermain dimindaku. Persoalan dan persoalan tanpa ada jawapan yang mampu kuhadirkan. Hadirnya sewaktu aku memerlukan teman dan belaian dan perginya ia sewaktu aku masih perlukan teman dan belaian.
Maap hanya ini yang mampu aku luahkan untukmu. Kisah perkenalan kita. Sebelum ni abg pernah tanyekan bagaimana perasaan ayg selama ini. Hanya diari ini yang mampu kurungkap untukmu. Kiranya memg benar tiada tempat untukku lagi dihatimu walaupun sakit aku akan merelakan. Walaupun aku sehingga kini masih terus memberi harapan buat diriku untukmu. Mungkin hanya kata terima kasih yang mampu keluar dari mulutku. Tetapi kiranya masih ada ruang buatku aku akan terus tegar untuk menjadi peneman hidupmu. Aku sentiasa berharap pada TUHAN ada jodoh untuk kita. Selagi ada rasa cinta rindu kasih dan syg buatmu selagi itu aku masih terus akan hadir disampingmu.
Posted by moon at 2:27 PM 0 comments
Tuesday, March 9, 2010
ya TUHANku
aku sememangnya tidak layak tuk meminta kerna terlampau byk yg kau telah kurniakan buatku
namun kebahgiaan perlu dikejar
maka...
aku minta padaMU yg MAHA MEMBERIKAN
teguhkanlah hatinya untukku
kuatkanlah hatinya untukku
kekalkanlah jodohnya buatku
moga hanya maut yg memisahkan kami
malah kiranya ada syurga buatku biarla dia menjadi penemanku...dunia dan akhirat
aku sedar kadang kala aku goyahtakut dengan kenyataan
takdir yg telah KAU tulis
menentukan qada' dan qadar kami
tetapi x salah meminta pada yg memberikan
kekalkanlah hubungan kami
dekatkanlah kami padaMU
berilah kebahgiaan dan kesenangan kepada kami
moga rahmatMU sentiasa menjadi pelindung dah petunjuk buat kami
~amin2 YA RABBALALAMIN~
Posted by moon at 9:11 AM 0 comments
Monday, March 8, 2010
detik pedih hatiku...
Hri ini menjadi hari paling memeritkan yg perlu aku tempuh….hanya kata2 ini yg menjadi bisikan kalbuku…
“Jelas skali aku menipu kiranya ku mengatakan hatiku tidak sakit. Kesakitan ini sesuatu yg paling perit pernah aku alamai. Tetapi kiranya perpisahan yg kau inginkan, rela aku melepaskanmu dikala ini walaupun pedih tk aku tanggung. Akan aku melepaskanmu andai perpisahan itu mampu membahagiakanmu. Walau sengsara yg aku bakal tempuhi”
~8/3/2010, moon~
Posted by moon at 11:36 PM 0 comments
Sunday, March 7, 2010
.....
Sayangku
Alangkah indahnya cinta, hadirmu mengenalkan ertinya
Tatkala aku merasakan kerdilnya diriku, Kau teguh menjadikanku permata di sudut hatimu, di saat dan detik itu jua kau mengisi ruang kalbuku
Bak mawar ku kau belai agar tetap mekar menghiasi dirimu
Kau mengenalkanku erti bahagia
Bisik kata cintamu menggamit sanubariku
Ketika kau cuba menghilangkan rajukku, detik itu jua rasa yg hadir buatmu semakin tertanam erat dihatiku
Sayangku
Disampingmu, walaupun lancar tuturku, aku sebenarnya kaku
Sentuhanmu menggegarkan seluruh ragaku walaupun sering aku mendambakan pelukan darimu
Aku keanakan disisimu, bermain kata2, bergurau senda, tetapi tahukah engkau betapa pantas degup jantungku tatkala itu, hilang segala ego yg tertanam erat didadaku
Malah secakir senyuman sentiase hadir dikalaku menyebut namamu
Posted by moon at 5:33 AM 0 comments
sayg kamu
SAYANGKU…
Bak kate2 yg terungkap didalam lirik lagu Selagi Ada Rindu…
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Tiada kate yg mampu kurungkap tuk mengatakan dalamnya cintaku padamu. Lidahku kelu tatkala disampingmu. Mendengar suaramu menguatkan degup jantungku. Mengingatimu menggegarkan sanubariku. Belaianmu mampu membuatkan ku rasakan dunia ini milikku.
Aku menjadi bingung dah runsing tatkala tidak mendgr berita drimu walaupun sedetik waktu. Malah setiap saat ku mendambakanmu. Mengharapkan kau sentiasa setia menemaniku mengharungi liku2 jalan hidupku. Ku sentiase berdoa ku bukan beban buatmu tetapi kau ikhlas menjadi peneman hidupku.
Serinya hidupku kernamu. Ku kenal warna indah dunia ini detik aku mula menyayangimu. Ku x mengharapkan tuk aku knal kelamnya dunia ini drimu kerna dalamnya keyakinanku terhadap drimu. Terima kasih kerna menjadi sebahagian dri driku. Memenuhi ruang hatiku. Sabar dan tabah melayani kerenahku saban waktu. KHAS BUAT SAYANGKU…~
Posted by moon at 5:30 AM 0 comments